PENGGUNAAN TEKNOLOGI AR DALAM KERJA SEORANG PENOLONG PEGAWAI SAINS.
Penggunaan Teknologi AR dalam kerja seharian sebagai Penolong Pegawai Sains.
Seperti kita sedia maklum,Teknologi dimasa kini amat berguna pada kita terutamanya dalam urusan pekerjaan.Jadi apa yang saya fikirkan teknologi terbaik yang perlu diguna pakai di tempat saya bertugas adalah teknolgi AR.
ini dimana tempat saya bertugas berkait rapat dengan biosains.Biosains banyak menggunakan alatan seperti mikroskop untuk melihat organisma seperti kulat,bakteria,alga dan sebagainya.
Selain dari itu,Bio juga ada menggunakan haiwan untuk dibuat penyelidikan.Jadi apa yang saya pikirkan teknologi AR adalah pilihan teknologi utama yang saya akan cadangkan untuk digunakan di Fakulti biosains ini.
Contohnya jika menggunakan teknologi AR dalam penyelidikan haiwan seperti tikus ia dapat mengurangkan kos dengan mengurangkan perbelajaan terhadapa pembelian tikus berkenaan.
Selain itu juga,ia dapat memberi rangsangan terhadap pelajar dimana dengan adanya teknologi AR pelajar boleh menggunakan telefon bimbit sendiri dengan hanya scan dimana sahaja alat untuk digunakan di fakulti biosains.

SEJARAH TEKNOLOGI AR
Seperti kita tahu di zaman Tan Sri P.ramlee lagi sudah ada teknologi yang seakan AR dimana ia menyelitkan elimen tersebut di dalam sebuah filem bertajuk "Pendekar Bujang Lapok".
Dalam cerita tersebut dimana gambar arwah ibrahim pendek boleh berkata-kata.Itu adalah salah satu teknologi dimasa itu yang telah pun dijayakan oleh anak watan malaysia sendiri.
Hari demi hari,zaman berganti zaman,Teknologi Ar kini telah pun diguna pakai oleh kebanyakan dunia perfileman antarabangsa.Zaman dahulu tiada telepon mudah alih,tiada komputer yang canggih.
Tetapi zaman sudah berubah,ketika ini pihak facebook,iphone berlumba-lumba mengeluarkan teknologi-teknologi terkini diperanti masing-masing.Zaman ini teknologi AR
dengan hanya menggunakan goggle yang penuh canggih didalamnya dilengkapi lens yang high defination.Teknologi AR juga bukan sahaja digunapakai oleh industri pefileman ketika ini,
namun digunakan juga dalam industri perubatan seperti pakar-pakar bedah yang boleh melihat dan membedah pesakit dengan menggunakan teknologi AR sebelum ke dunia realiti,Canggih bukan?
Zaman ini manusia berlumba-lumba untuk menggunakan Teknologi AR.Dimana sahaja dan ianya akan memudahkan dalam urusan harian kita.
Augmented reality sudah dimulai dari tahun 1957-1962, ketika seorang penemu yang bernama Morton Heilig, seorang sinematografer, menciptakan sebuah simulator yang disebutnya Sensorama dengan visual, getaran dan bau.
Video game juga adalah satu AR yang mengabungkan dunia nyata dan maya.Teknologi AR kini semakin digilai seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Tahun 1966-Ivan Sutherland menemukan head-mounted display.
Tahun 1975-Myron Krueger menemukan Videoplace yang dapat berinteraksi dengan objek virtual untuk pertama kalinya.
Tahun 1989-Jaron Lanier mencipta dan komersial pada dunia.

PENGENALAN TEKNOLOGI AR
sejak kebelakangan ini penggunaan teknologi semakin meluas dalam bidang pendidikan
dan berkembang pesat untuk menuju wawasan 2020 dimana teknologi adalah salah satu kepentingan yang sangat didahulukan.
Dengan adanya teknologi yang terbaik dan berdaya saing dengan negara-negara barat ia mampu membawa malaysia berada bersama pesaing-pesaing dengan negara-negara barat.
Pelbagai teknologi yang terdapat dinegara kita ini yang digunapakai dalam industri-industri perkilangan,pejabat,dan juga petani.
Augmentasi realiti adalah salah satu teknologi yang terbaru yang sedang digunakan pakai oleh negara-negara besar seperti amerika,german dan timur tengah.
Di Malaysia Augmentasi realiti ini adalah masih baru dan sedang cuba dipraktikan dalam sektor pembelajaran di sekolah-sekolah atau di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Apa itu Augmentasi Realiti?atau (AR).
AR adalah teknologi yang digabungkan dunia maya dan dunia realiti dimana anda boleh nampak seperti
filem-filem antarabangsa contoh filem Iron Man, watak Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. boleh berinteraksi dengan memegang objek-objek 3D secara bersahaja sedangkan objek tersebut tidak wujud dalam dunia nyata.
Teknologi yang ada pada hari ini semakin hampir merealisasikan apa yang ditonton dalam filem-filen sains fiksyen tersebut.
Dengan teknologi augementasi reality (AR), pengguna akan mendapat maklumat tambahan dan panduan.
AR merupakan salah satu teknologi baru yang menjanjikan potensi yang besar untuk digunakan
dalam dunia pendidikan kini. Walaupun kebelakangan ini AR semakin mendapat perhatian ramai, tetapi istilah AR
masih di beri pentakrifan yang berbeza-beza oleh penyelidik dari bidang sains komputer dan teknologi pendidikan.