top of page
download (5).jpg

SUHAIDAH

Lab Assistant

18788541_1537340649620716_1765719571_n.jpg

FAZLINA

Lab Assistant

17904264_1856845227891423_4075374803184918907_n.jpg

 HANIF

Lab Assistant

PANDUAN UNTUK PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA PROFESIONAL

Media sosial telah mengubah cara berkomunikasi – sebagai ahli dalam sebuah institusi dan sebagai individu. Media sosial juga telah memberi peluang bagi Universiti dalam mencapai dan berhubung dengan pelajar, pensyarah, staf, ibubapa, alumni, rakan serta komuniti dalam dan luar negara.

Penggunaan meluas media sosial di sektor awam termasuklah di UTM, tidak disekat penggunaannya. Namun ia perlu dikawal dan ditetapkan had-had dan batas yang amat perlu difahami oleh setiap warga Universiti dalam penggunaan seharian.

Setiap jabatan di UTM adalah digalakkan untuk mempunyai laman rasmi media sosial sendiri bagi memastikan hebahan dan hubungan yang telus dengan warga universiti dan masyarakat. Walaubagaimanapun, bagi menjaga reputasi dan nama baik insititusi ini, setiap perkara yang dikongsikan perlulah sentiasa mengikuti garispanduan berikut :-


TUJUAN

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan tatacara, peraturan dan kawalan kandungan media sosial yang perlu dipatuhi oleh warga UTM supaya:

  • (a) penyebaran dan perkongsian maklumat adalah terkawal;

  • (b) maklumat yang dipaparkan tidak akan menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan Negara;

  • (c) mengelakkan isu salah laku dan penyebaran maklumat tidak beretika di media sosial;

  • (d) memastikan maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tepat; dan

  • (e) menampilkan imej korporat UTM.

TAFSIRAN

Dalam Garis Panduan ini, tafsiran yang diguna pakai adalah seperti berikut :

(a)  Media sosial merujuk kepada kemudahan aplikasi Internet yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, bahan media, dan mewujudkan interaksi antara pengguna dengan penyelia kandungan saluran termasuk Facebook, Twitter, Flickr, YouTube, Instagram, Blog, Google+ dan mana-mana media sosial yang tidak disekat penggunaannya di UTM; dan

(b)  Media sosial UTM merujuk kepada media sosial yang diwujudkan sama ada untuk kegunaan peribadi (dengan menyatakan di dalam profil bahawa pemilik laman merupakan staf atau pelajar UTM) atau kegunaan rasmi Unit/ Jabatan/ Pejabat/ Fakulti/ UTM.


GARIS PANDUAN MEDIA SOSIAL UTM

 PERATURAN

  1. Berhati-hati mengenai maklumat sulit: dilarang mendedahkan maklumat sulit mengenai Universiti, maklumat peribadi pelajar, staf, alumni atau pihak-pihak yang bekerjasama atau rakan kongsi Universiti (partners).

  2. Berwaspada dengan hakcipta dan harta intelek pihak lain dan pihak Universiti.

  3. Penggunaan logo Universiti hanya dibenarkan kepada laman media, blog, atau saluran rasmi Universiti serta untuk acara atau maklumat rasmi Universiti sahaja.

  4. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat, pautan, gambar, video atau bahan-bahan yang berunsur negative termasuk yang berunsur lucah, perkauman, ganas atau penghinaan;

  5. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat, pautan, gambar atau apa jua pernyataan fitnah, ancaman atau berbaur hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Universiti, Kerajaan dan Institusi Raja

  6. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) yang berunsur aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;

  7. Dilarang memuat naik iklan-iklan berkaitan perniagaan, pemasaran di laman sosial rasmi jabatan, unit, fakulti dan Universiti tanpa arahan atau mendapat kebenaran dari Universiti melalui Ketua Jabatan.

PANDUAN


  1. Benar dan tepat : Pastikan fakta, kandungan, tatabahasa dan ejaan disemak terlebih dahulu sebelum disebarkan.

  2. Fikir dan pastikan : Setiap yang dipaparkan dalam laman media sosial dibaca dan berkemungkinan disebarluas dengan sangat cepat. Elakkan mengumumkan sesuatu pengumuman yang belum di paparkan dalam laman web atau di akhbar. Sekiranya kurang pasti tentang sesuatu berita atau pengumuman, semak terlebih dahulu dengan Pejabat Hal Ehwal Korporat atau Pejabat Pendaftar.

  3.  Memelihara dan melindungi reputasi Universiti : Gunakan ayat yang baik serta tunjukkan profesionalisme dalam setiap hebahan atau komen. Sekiranya ada kritikan dari pihak luar, jawab dan komen dengan mesra, berhemah dan profesional serta sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada semua pihak.

  4. Fahami cara dan peraturan : Cuba fahamkan peraturan dan policy yang dikeluarkan oleh setiap laman sosial (contoh : Facebook Privacy Policy , Twitter Privacy Policy)

  5. Kesilapan : Sekiranya terdapat kesilapan pada sebarang maklumat yang telah dihebahkan, akui pada umum, buat pembetulan dan mohon maaf pada pihak yang berkaitan secara terus dalam laman sosial yang terlibat.

  6. Maklumkan : Sekiranya unit/jabatan/kelab/persatuan anda ingin membangunkan saluran / laman di media sosial, maklumkan kepada Unit Komunikasi Web Korporat, Pejabat Hal Ehwal Korporat.


Tanggungjawab setiap Staf dan Mahasiswa

Setiap staf dan pelajar UTM yang dengan jelas menyatakan bahawa mereka merupakan staf/pelajar UTM dalam laman sosial peribadi  adalah bertanggungjawab memastikan setiap pernyataan/status/ maklumat yang dihebahkan di laman sosial supaya :

  1. tidak menjejaskan imej Kerajaan;

  2. tidak bercanggah dengan dasar Kerajaan;

  3. tidak mengandungi maklumat rahsia dan isu-isu sensitif seperti agama, politik, perkauman, Institusi Raja atau yang boleh menyentuh sensitiviti umum di Malaysia;

  4. tidak mengandungi unsur lucah;

  5. tidak mengandungi unsur fitnah, hasutan dan menyalahi undang-undang;

  6. tidak berniat mengaibkan individu/kumpulan tertentu dan

  7. tidak menyalahgunakan media sosial sehingga mengganggu masa bekerja


Tanggungjawab Bahagian dan Jabatan/Fakulti

Bahagian dan Jabatan/Fakulti bertanggungjawab kepada Pengurus Laman Sosial untuk:

  1.  Sentiasa memastikan laman media sosial di kemaskini dengan kandungan terbaharu, dan acara terkini.

  2. Mengesahkan kesahihan maklumat sebelum dimuat naik;

  3.  Sekiranya hebahan yang ingin dimuat naik berbentuk foto/video, syarat yang perlu diambil kira adalah:

    • (a)  foto/ video yang menunjukkan pelaksanaan program/ aktiviti secara profesional;

    • (b)  foto/ video hendaklah disertakan dengan penerangan (caption) yang mengandungi nama program/ aktiviti, tarikh, masa, tempat dan tetamu yang menghadirinya;

    • (c)  foto/ video yang boleh meningkatkan imej universiti;

    • (d)  foto/ video yang boleh menggalakkan perbincangan serta percambahan idea kreatif dan inovatif;

    • (e)  foto/ video yang dapat mempromosikan inisiatif universiti;

    • (f)  foto/ video hendaklah jelas (sharp);

    • (g)  elakkan foto/ video yang tidak sesuai dan tidak berkaitan dengan program/ aktiviti universiti/jabatan. Contoh: Program ceramah tetapi foto menunjukkan pegawai menikmati jamuan;

    • (h)  elakkan foto/ video yang boleh menjejaskan imej dan etika pegawai universiti. Contoh: Foto pegawai dengan mata terpejam, menggaru atau sedang menguap;

    • (i) elakkan memuat naik aktiviti yang tidak berkaitan skop tugasan jabatan. Contoh: Aktiviti sukaneka jabatan, aktiviti makan malam di restoran yang hanya dihadiri staf jabatan,


Tanggungjawab Pengurus Media Sosial Bahagian dan Jabatan/Fakulti

Pengurus media sosial diketuai pengurus teknologi maklumat bertanggungjawab untuk:

  1. menyemak dan mengemaskini kandungan media sosial rasmi bahagian/jabatan/fakulti secara berterusan;

  2. menyemak dan memilih foto/ video yang sesuai untuk dimuat naik;

  3. memberi maklum balas kepada pertanyaan dengan serta-merta setelah menerima input berkaitan;

  4. menggunakan ayat yang lengkap dan jelas maksudnya;

  5. menggalak dan mempromosikan penggunaan media sosial ;

  6. menapis komen/ pernyataan atau maklumat daripada pengguna;

  7. menghapuskan pautan kepada iklan atau perkhidmatan komersil yang ditawarkan oleh pihak luar atau lain-lain pautan yang tidak berkaitan.

TARIKH KUAT KUASA

Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan dan warga UTM haruslah mematuhinya.


PENUTUP

Komitmen semua warga UTM untuk berkongsi maklumat akan membuka ruang komunikasi yang lebih luas. Pengendalian media sosial secara profesional amat penting untuk menyebarkan dan berkongsi maklumat dengan orang ramai. Perkongsian ini perlu dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan panduan yang telah ditetapkan bagi melahirkan perhubungan yang harmoni.

 PANDUAN UNTUK PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA PROFESIONAL

My Sosial Media

Media sosial telah mengubah cara berkomunikasi – sebagai ahli dalam sebuah institusi dan sebagai individu. Media sosial juga telah memberi peluang bagi Universiti dalam mencapai dan berhubung dengan pelajar, pensyarah, staf, ibubapa, alumni, rakan serta komuniti dalam dan luar negara.

Penggunaan meluas media sosial di sektor awam termasuklah di UTM, tidak disekat penggunaannya. Namun ia perlu dikawal dan ditetapkan had-had dan batas yang amat perlu difahami oleh setiap warga Universiti dalam penggunaan seharian.

Setiap jabatan di UTM adalah digalakkan untuk mempunyai laman rasmi media sosial sendiri bagi memastikan hebahan dan hubungan yang telus dengan warga universiti dan masyarakat. Walaubagaimanapun, bagi menjaga reputasi dan nama baik insititusi ini, setiap perkara yang dikongsikan perlulah sentiasa mengikuti garispanduan berikut


GARIS PANDUAN MEDIA SOSIAL UTM

 PERATURAN

  1. Berhati-hati mengenai maklumat sulit: dilarang mendedahkan maklumat sulit mengenai Universiti, maklumat peribadi pelajar, staf, alumni atau pihak-pihak yang bekerjasama atau rakan kongsi Universiti (partners).

  2. Berwaspada dengan hakcipta dan harta intelek pihak lain dan pihak Universiti.

  3. Penggunaan logo Universiti hanya dibenarkan kepada laman media, blog, atau saluran rasmi Universiti serta untuk acara atau maklumat rasmi Universiti sahaja.

  4. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat, pautan, gambar, video atau bahan-bahan yang berunsur negative termasuk yang berunsur lucah, perkauman, ganas atau penghinaan;

  5. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) maklumat, pautan, gambar atau apa jua pernyataan fitnah, ancaman atau berbaur hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Universiti, Kerajaan dan Institusi Raja

  6. Dilarang memuat naik, berkongsi (share) yang berunsur aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas;

  7. Dilarang memuat naik iklan-iklan berkaitan perniagaan, pemasaran di laman sosial rasmi jabatan, unit, fakulti dan Universiti tanpa arahan atau mendapat kebenaran dari Universiti melalui Ketua Jabatan.

PANDUAN


  1. Benar dan tepat : Pastikan fakta, kandungan, tatabahasa dan ejaan disemak terlebih dahulu sebelum disebarkan.

  2. Fikir dan pastikan : Setiap yang dipaparkan dalam laman media sosial dibaca dan berkemungkinan disebarluas dengan sangat cepat. Elakkan mengumumkan sesuatu pengumuman yang belum di paparkan dalam laman web atau di akhbar. Sekiranya kurang pasti tentang sesuatu berita atau pengumuman, semak terlebih dahulu dengan Pejabat Hal Ehwal Korporat atau Pejabat Pendaftar.

  3.  Memelihara dan melindungi reputasi Universiti : Gunakan ayat yang baik serta tunjukkan profesionalisme dalam setiap hebahan atau komen. Sekiranya ada kritikan dari pihak luar, jawab dan komen dengan mesra, berhemah dan profesional serta sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada semua pihak.

  4. Fahami cara dan peraturan : Cuba fahamkan peraturan dan policy yang dikeluarkan oleh setiap laman sosial (contoh : Facebook Privacy Policy , Twitter Privacy Policy)

  5. Kesilapan : Sekiranya terdapat kesilapan pada sebarang maklumat yang telah dihebahkan, akui pada umum, buat pembetulan dan mohon maaf pada pihak yang berkaitan secara terus dalam laman sosial yang terlibat.

  6. Maklumkan : Sekiranya unit/jabatan/kelab/persatuan anda ingin membangunkan saluran / laman di media sosial, maklumkan kepada Unit Komunikasi Web Korporat, Pejabat Hal Ehwal Korporat.

Get in Touch
download (4).jpg
GOOGLE CALENDAR

Apa itu Google Calender?Google Calendar adalah salah satu aplikasi yang disediakan oleh pihak Google untuk membantu menyenangkan para pengguna yang sangat sibuk dengan waktu kerja seharian.Google Calendar menyediakan kesenangan untuk semua pengguna google,dimana boleh  menyusun jadual dengan lebih tersusun dan  boleh menyambung ke telefon pintar sebagai peringatan untuk pengguna dalam segala urusan supaya kita tidak tertinggal apa-apa urusan kerja yang penting.

download (3).jpg
APA ITU GOOGLE CONTACT

Google Contact adalah satu daripada aplikasi yang disediakan oleh Google bagi memudahkan pengguna menyimpan nombor telefon dengan berkapasiti yang besar.Jadi tiada lagi masalah untuk menyimpan contact number rakan-rakan sepejabat atau kenalan-kenalan perniagaan yang mungkin melebihi kapasiti sim card yang disediakan oleh telco.

Apa Itu Google +

GOOGLE+

Google plus adalah sebuah aplikasi dari Google sendiri dimana ia setanding dengan media sosial yang lain seperti Facebook,Twitter,My space .Google + juga telah dilanggani sebanyak 132 juta pengguna diseluruh dunia.Fasiliti yang disediakan juga sama seperti facebook.Google + boleh juga memuaturun gambar menyimpan dokumen kerja dan sebagainya.Memudahkan bagi penolong pegawai sains untuk menghantar atau berkongsi dokumen secara cepat.

Get in Touch

Apa Itu Google Drive Dan Fungsinya

GOOGLE DRIVE
Get in Touch

Mungkin kita sering mendengar istilah google drive atau melihat aplikasi tersebut dalam suatu aplikasi smartphone, tapi kita tidak mengetahui banyak tentang untuk apa aplikasi ini digunakan atau apa saja fungsi dari google drive? Dari namanya kita tahu bahwa google drive adalah salah satu aplikasi yang disediakan oleh google.

Layanan google drive bisa diakses dari web atau dari komputer serta dari aplikasi yang tersedia dalam smartphone. Untuk Anda yang belum mengenal google drive dan mengetahui fungsinya, maka Anda bisa menyimak penjelasan berikut ini.

Pengertian Google Drive

Google drive adalah salah satu layanan yang ditawarkan oleh Google dan merupakan layanan untuk menyimpan dokumen atau file secara percuma maupun berbayar tergantung pada jumlah kapasiti memori penyimpanan itu sendiri.

Kapasiti yang tersedia dalam google drive yang boleh diakses secara percuma adalah 5 GB dan boleh ditambah jika menggunakan peranti yang berbayar. Tidak hanya dapat menyimpan file, google drive juga terhubung dengan aplikasi google lainnya seperti gmail, google search dan lain sebagainya. Hal ini tentu akan lebih memudahkan pengguna atau pengguna untuk mengakses file dan data yang dimiliki.

Layanan google drive sudah ada sejak tanggal 24 April 2012 dan semakin berkembang hingga saat ini serta memungkinkan pengguna untuk memasukan data, membuat slide presentasi, mengedit gambar dan lain sebagainya. Google drive yang digunakan saat ini adalah ganti dari aplikasi terdahulu iaitu google docs, oleh sebab itu URL yang tadinya digunakan untuk mengakses google docs akan dialihkan secara langsung pada menu atau aplikasi google drive.

Fungsi Google Drive

Google drive yang saat ini banyak digunakan, memiliki banyak fungsi yang boleh membantu seseorang semasa menyimpan data dan melakukan aktiviti lainnya. Berikut ini adalah beberapa fungsi google drive yang bisa diketahui:

1. Menyimpan Data.

2. Membuat dan mengedit dokumen.

3. Mengakses aplikasi google lain.

Google drive juga sangat-sangat membantu dalam kerja seharian seseorang itu.

<GMAIL>

APA ITU GMAIL

Saat ini Gmail menjadi salah satu pilihan dalam mengirim dan menerima surat elektronik selain hotmail, yahoo mail maupun aol mail. Bahkan Gmail menjadi syarat utama untuk pengguna android dan pecinta youtube. Hanya dengan akun gmail lah kita boleh memiliki akaun Youtube serta memuaturun aplikasi-aplikasi android.
Pada tahun 2004, Google memberitahu bahawa pihak google tidak puas hati dengan hanya mendominasi pencarian internet. Google ingin mengatasi layanan online terbesar di Internet melalui e-mail. Untuk itu, Google mengumumkan untuk menguji Web-host layanan e-mail yang disebut Gmail.
Gmail mulai keluar sebagai internal layanan Google e-mail. Pada awalnya, satu-satunya cara untuk mendapatkan akaun Gmail adalah untuk menerima undangan dari orang lain. Hampir tiga tahun setelah mengumumkan Gmail, Google membuka akses ke masyarakat luas. Sekarang siapa pun dapat membuat akaun Gmail.
Gmail mengeluarkan pesan ke dalam “percakapan.” Jika seseorang mengirim pesan dan kita merespon, Gmail akan menyajikan dua pesan bersama-sama dalam perbincangan. E-mail asli akan berada di atas dan jawapan Anda akan muncul di bawahnya. Email terbaru akan muncul di bawah asalnya, sehingga pesan tidak mengambil ruang terlalu banyak pada layar. Dengan mengelompokkan pesan dan tanggapan bersama-sama, Gmail memudahkan pengguna untuk membuat beberapa perbincangan sekaligus.

Get in Touch

Apa Itu Google Chrome

GOOGLE CHROME

Sebuah web browser yang dengan keunggulannya sebagai browser tercepat ini diperkenalkan tahun 2008. Chrome bersaing ketat dengan pendahulunya seperti Mozilla Firefox dan Internet Explorer maupun Opera.
Chrome kini menjadi salah satu pilihan browser utama bagi pengguna internet diseluruh dunia,selain kecepatannya, juga memiliki banyak fungsi yang boleh diterapkan pada browser ini. Selain itu, chrome kini jadi alternatif utama dalam mobile browser terutama bagi pengguna android.

Get in Touch

GOOGLE MAP

Google Map diperkenalkan pada tahun 2005, dan pada tahun 2008 google memberikan fungsi yang menarik dimana pengguna dapat mencari suatu daerah atau tempat bahkan dapat menuju suatu rumah  hanya dengan google map, terlebih google map mampu menunjukkan jalan mana saja yang dapat dilalui menuju tempat yang diinginkan.
Tak hanya itu, google map mampu menujukkan lokasi dimana kita berada sehingga orang dengan mudah mengetahui tempat kita. Aplikasi google map telah menerajui aplikasi dalam melihat dunia secara mudah. Kita boleh melihat pelbagai tempat diseluruh dunia di berbagai negara dengan cukup menakjubkan.

tecnologia-informacao-sistema-software-rj-empresa-3.jpg
TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • Maksud teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa.

  • ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

  • Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.


  • Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat iaitu: 


a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Pm Dr Sharizal Sunar.jpg
ASSOC. PROF. DR. MOHD SHAHRIZAL SUNARDIRECTOR


Director
UTM-IRDA MaGIC-X (Media and Games Innovation Centre of Excellence)
Universiti Teknologi Malaysia

Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Welcome
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: Homepage_about
Pengenalan Teknologi Maklumat: TeamMember
bottom of page