top of page
SINOPSIS

Pengenalan Kimia

Kimia......

Ia adalah satu hasil dari bumi yang ditanamkan dalam kehidupan kita dan ada hubung kaitnya dengan kehidupan kita di dunia ini pada hari ini.Kimia adalah bahan yang di ambil dari  alam semulajadi dan diolah menjadi satu keperluan dalam hidup kita.Contohnya,kimia ORGANIK,kimia TIDAK ORGANIK kimia ANALISIS dan juga kimia FIZIK.

Get in Touch
azli.jpg

PROF. MADYA DR. AZLI SULAIMAN

(JABATAN KIMIA)

UTM SKUDAI JOHOR.

KIMIA

Selamat datang ke laman pengenalan asas kimia.Apa yang dikatakan kimia,kimia adalah kajian tentang jirim dan perubahan yang berlaku.Jirim pula adalah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang dan ke semua yang ada disekeliling kita adalah kimia.Makanan dan Minuman juga adalah terdiri dari kimia yang berbentuk perwarna,perasa,penstabil,lemak,dan sebagainya.Selain dari makanan dan minuman,bahan penjagaan diri,alat solek,alam sekitar,petrolium,dan juga ubat-ubatan mempunyai kimia.

​

Kenapa kita perlu belajar kimia?

  • Kimia memahami dengan lebih mendalam tentang dunia ini dan kejadianya.

  • Kimia kajian tentang banyak perkara.

  • Kimia bidang yang erat kaitanya dengan semua bidang lain(matematik,fizik,kejuruteraan).

  • Kimia penting kepada pembangunan.

  • Kimia berkait rapat dengan kehidupan seharian.

  • Kimia adalah satu cabang ilmu yang menarik.   


Kimia mempunyai 4 bidang antaranya ialah

  • Kimia Tak Organik.

  • Kimia Organik.

  • Kimia Fizik.

  • Kimia Analisis.


Apa itu (Kimia Tak Organik.)?

​

Kimia Tak Organik adalah tentang jirim tidak mengandungi karbon (C).Kimia Tak Organik meliputi kajian tentang struktur,fungsi,sintesis dan identiti sebatian bukan karbon.

Contohnya seperti logam,hablur,ion,garam,asid.

​

(Kimia Organik)

​

kajian tentang jirim yang mengandung karbon (C) yang meliputi kajian tentang struktur,fungsi,sintesis dan identiti sebatian karbon.

Contohnya adalah Petrolium,ubat,Makanan,Cat,dan Bahan Letupan.

​

(Kimia Fizik )


adalah kajian tentang fizik bagi kimia iaitu kuasa bagi jirim yang meliputi kajian tentang sifat fizik,tindak balas,termo,elektro,foto.

Contohnya adalah pembangunan idea dan teori bagi sebatian baru.

​

(Kimia Analisis)

​

Kajian tentang pengukuran yang sangat presis untuk menentukan komposisi dan identiti bahan kimia.

Contohnya adalah analisis alam sekitar,makanan,ubatan,forensik dan kawalan kualiti.

​

Alhamdulillah sedikit sebanyak saya telah menerangkan tentang sedikit pengetahuan asas mengenai pembelajarn kimia yang dimana ianya sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.Sampai disini coretan berkenaan apa itu kimia salah satu mata pelajaran di dalam Program Bridging ini.

​

​

Pengenalan Kimia: Welcome
Pengenalan Kimia: Homepage_about
bottom of page